PENGENALAN KORSET PREMIUM BEAUTIFUL
Korset
Premium Beautiful adalah pakaian dalam wanita yang direka khusus untuk
pelangsingan dan kesihatan. Korset jenama nombor satu ini telah
diiktiraf sebagai produk Superbrands yang diperbuat daripada bahan yang
sangat berkualiti dan selesa dipakai sehinggakan dijamin kualitinya
sepanjang hayat.
Berpandukan
teknologi terulung dari tiga buah negara maju iaitu Amerika Syarikat,
Jepun dan Jerman korset Premium Beautiful ini telah dicipta untuk
mempertingkatkan kesihatan disamping memberi pembentukan badan yang
cantik.
Rahsianya
terdapat pada bebenang korset Premium Beautiful yang disuntik dengan
bahan yang menghasilkan gelombang Far Infrared (FIR) yang memberi kesan
kebaikan kepada pemakai. Premium beautiful adalah satu-satunya korset
pelangsingan yang mengandungi teknologi FIR sejak 18 tahun dahulu
sehingga kini.
Sudah
ramai yang telah memakai korset Premium Beautiful ini dan merasai
kebaikan dari segi peningkatan kesihatan dan kecantikan badan. Kebaikan
kesihatan yang diberikan oleh korset ini tidak terhad kepada wanita
sahaja. Ia sesuai dimanfaatkan oleh semua orang termasuklah golongan
lelaki dan semua peringkat umur termasuklah bayi.
Korset
Premium Beautiful ini didatangkan dengan set yang terdiri daripada Long
Bra (coli), Long Girdle (seluar) dan Waist Nipper (bengkung). Setiap
satu bahagian direka untuk memberi kesan kebaikan yang tersendiri tanpa
mengurangkan faktor gaya yang cantik dan keselesaan.
KEISTIMEWAAN LONG BRA (HADAPAN)
A- Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong payu dara.
B-
Lace 'Cup' mempunyai keanjalan supaya dapat mengelakkan payudara dari
melimpah keluar. Untuk ibu yang menyusukan bayi, hanya tarik kebawah
untuk mengeluarkan isi payudara. Tindakbalas ini mengelak dari payudara
jatuh. FIR juga terdapat disini, air susu tidak akan
menitis-nitis/berhenti ia akan mengoptimumkan perkilangan air susu
tidak berlebih tidak juga berkurang.
C-
2 batang keluli bermemori (kiri dan kanan di tulang rusuk) berupaya
untuk menyelaras dan membentuk kontur badan . Badan akan terbentuk
menjadi kon shape disini- anda akan kelihatan mantap disini.
D-
Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli
dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur
payu dara. FIR paling banyak disini untuk pembakaran lemak yang maximum
keatas perut yang buncit disini.
KEISTIMEWAAN LONG BRA (BELAKANG)
A-
Kedudukan dan bentuk tali yang tidak mudah jatuh (kebanyakkan jenama
lain akan gagal disini). Tali ini tidak menganjal bertahun-tahun
lamanya. Tidak berbekas seperti anda memakai Bra biasa. Keselesaan
sepanjang hari. Tali bra yang boleh diketatkan atau dilonggarkan ikut
keselesaan masing-masing.
B-
Rekaan bentuk "U" pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat
menyerlahkan pandangan kurus (lemak akan menjadi tipis disini) dari
belakang badan anda, ia juga mempercepatkan pembentukan (shaping) di
belakang badan, dan juga menambah kontur bahagian belakang. Lemak yang
tebal, ajaibnya akan hilang sebaik sahaja anda memakai scara peraturan
disini.
C-
Rekaan 3 laras cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang
sesuai. Bila anda berubah ke cangkuk terakhir-TAHNIAH memang banyak
perubahan sudah berlaku keatas anda!
D- Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang, turut mengatasi masalah berbadan besar. Lemak-lemak disini akan mencair dan dibakar tanpa sedar. Jika anda gemuk, anda akan kelihatan ada 'cutting' disini- 5minit 'instant result'.
KEISTIMEWAAN BENGKUNG (HADAPAN)
A-
Batang keluli memori(Ada 7 tulang kesemuanya) dapat menyokong pinggang
dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur
berdiri dan duduk. Tulang-tulang ini sangat lembut dan mengikut bentuk
badan-keselesaan sepanjang hari. Kesan 'effect' pemakaian kimono pada
wanita jepun ini di applikasikan keatas teknologi pembuatan bengkung
premium beautiful. ANDA tidak akan bongkok sehingga ke tua jika
amalkan pemakaian bengkung. Sakit pinggang/belakang juga akan LENYAP
juga dari badan!
B-
Cangkuk 3 laras disisi untuk keselesaan badan dan mempercepatkan
pembakaran lemak degil disini. Rekaan secara fleksibel, menghasilkan
kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.
C-Perut menjadi kemas dan rata disini. Amat sesuai juga untuk kaum adam yang 'boroi'. Alamailah sendiri keberkesanannya.
KEISTIMEWAAN BENGKUNG (BELAKANG)
A-Tali
ini kegunaannya untuk mengemas dan merampingkan pinggang.automatik
menjadi ramping Cara menggunakannya, tarik nafas sebelum menarik tali
tersebut. Badan yang gemuk dan 'flabby' akan . Sesiapa yang tiada
pinggang ALAMILAH SENDIRI! Sehingga kini ini belum ada rekod aduan
mengatakan tali ini pernah putus. Made in Japan- bukan seperti tali
biasa, sangat kukuh buatannya.
KEISTIMEWAAN GIRDLE (BELAKANG)
A-'Love Shape' nipis untuk membentuk pinggul yang seksi lagi montok dan menaikkan pinggul (uplift).
B-Penggunaan renda yang fleksibel, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.
C-Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.
MATERIAL OF PREMIUM BEAUTIFUL
Pakaian Dalam Pembentukan Badan PREMIUM BEAUTIFUL
membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang
sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat
tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.
Set PREMIUM BEAUTIFUL ini mengfokuskan 70% untuk kesihatan dan 30% untuk kecantikan atau pembentukan badan.
Set PREMIUM BEAUTIFUL bukan
pakaian dalam yang biasa. Ia memberi kesan serta merta dengan
selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan atau
senaman. Diperbuat daripada fabrik AKWATEK dan AKWADYNE yang sebati dengan air. Kadar penyerapan peluh dan peredaran udara adalah baik, selesa dan tidak terikat semasa memakainya.
Akhir kata..SELAMAT BER PB..
No comments:
Post a Comment